Siapa Founder AL MANNA Ameer?

Mungkin ini akan membuka pekung di dada saya sendiri.

Tapi bila fikir balik.. kalau saya tak buka 'aib' saya ni, siapa lagi yang berani nak buka.. jarang tau orang cerita kisah kegagalan dalam hidup mereka.. semua orang nak cerita yang best2 jer.. yang tak best simpan pendam "kemah keming", tapi saya tak macam tu ye.

Mungkin kisah kegagalan kita boleh jadi inspirasi kepada mereka diluar sana (yang sedang merasakan bahawa mereka gagal dalam hidup) untuk terus berjuang dalam fatamorgana kehidupan.

KEGAGALAN ITU ADALAH BIASA DALAM HIDUP & BANGKIT SELEPAS KEGAGALAN ADALAH SATU TINDAKAN YANG LUAR BIASA.. SAYA DAH BUKTIKAN!

Mungkin juga kalau saya tak dedahkan sekarang, ramai adik-adik saya akan tersilap langkah macam saya.

Ini kisah betul hidup saya..

SPM 2010 dulu saya dapat semua As (5A+ 3A 1A-)

Masa tu saya tak tahu saya minat apa. Dalam fikiran hanya kos engineering atau perubatan sahaja sebab rasa 'rugi' kalau saya tak amek kos tu sebab result ok dan layak untuk mohon.

Entah kenapa saya macam tak kisah pun masa nak pilih kos. Saya ambil mudah je soal kos yang bakal di pilih. Lagipun mentality masyarikat kita harini asal semua As, mesti Medical atau Engineering.

Saya pun pilihlah bidang perubatan..

Sebab?

Sebab mentality itu tadi lah. Nak kata tak minat, minat jugak. Pakai coat putih dengan stethoscope di leher sambil ronda-ronda wad rawat pesakit dan dipandang 'mulia' pada mata masyarakat. Best sungguh imaginasi saya masa tu dan nampak medic ni macam senang jer.

Tapi rupa-rupanya TIDAK.

Lagipun saya tak tahu kos yang saya betul2 minat apa. Masa tu ada jugak sekelumit rasa minat nak belajar bisnes tapi diri kata jangan.. sebab rugi budak straight As kalau minta kos 'mudah' dan 'biasa-biasa' seperti Business Studies (MBA).

Saya pun minta lah biasiswa JPA di bawah program perubatan luar negara. Alhamdulillah dapat.

Maka melata lah saya di bumi Czech Republic selama setahun di sana. Setahun je saya sempat kat sana kalau ikutkan kena belajar 6 tahun.

Saya sempat habis belajar subject anatomy je. Lepas passed subject tu, saya rasa memang climax dah. Rasa tak tahan yang membuak buak nak balik Malaysia dah hehe.

Masa tu saya sempat rasa elaun 3k sebulan, dapat peluang berbuku merah travel europe (sempat travel ke Poland, Germany & Prague jer) dan berpeluang tinggal kat negara 4 musim.. Semua tu saya letak tepi.

Saya kata kat diri, BIARLAH AKU RASA SEMUA ITU HASIL USAHA AKU SENDIRI.. MUNGKIN REZEKI AKU KAT TEMPAT LAIN.

Alhamdulillah sekarang semua tu Allah beri balik kat bisnes saya.. bukan "elaun" 3k sebulan tapi berkali-kali ganda.. syukur sangat.. rezeki Allah memang luas.. kita tak tahu "periuk rezeki" kita kat mana tapi percayalah Allah itu pemberi rezeki..

Maka saya pun decide untuk pulang ke Malaysia dengan membawa segulung 'kehampaan' untuk Ibu dan JPA.

Sejujurnya saya tak rasa sedih,hampa,rugi dan kesal sangat pun sebab saya percaya takkan rugi/menyesal orang yang solat istikarah.

Bila saya pulang ke Malaysia, saya buat bisnes. Bisnes saya ok tapi masa tu juga saya terima tawaran masuk ke University.

Sekali lagi saya solat istikarah lalu Allah lorongkan jalan untuk saya sambung belajar dalam kos bisnes.

Saya memang minat bisnes dan sebelum ni saya tahu, nak belajar buat bisnes tak perlu masuk university pun takpe. Apek amoi tak sekolah, hanya pandai mengira sahaja pun boleh jadi jutawan.

Tapi tak tahu lah kenapa saya terdetik nak masuk university balik. Mungkin Allah ada rancang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang saya rancang & saya yakin ianya pasti BERSEBAB.

Alhamdulillah jugak sebab walaupun full time student masa kat university tu, saya jugak adalah ahli perniagaan internet yang menjana jualan 5 angka setiap bulan (itu angka dulu la hehe)

Mungkin ini hikmah yang Allah nak tunjuk. Allah menghantar saya pulang ke Malaysia supaya bilangan ahli usahawan Islam bertambah dalam negara kita.

KALAU SEMUA BIJAK PANDAI MELAYU JADI DOCTOR, SIAPA PULAK BIJAK PANDAI MELAYU YANG NAK JADI AHLI PERNIAGAAN?

- CEO Ameer Al Manna Sdn Bhd


p/s : gambar dari jendela rumah sewa saya kat Masarykovo NĂ¢mesti.. masa tu winter suhu negative -10 (kot.. sebab dah lupa hehe)

SAYA TAKKAN PERNAH MALU UNTUK MENGAKU, SAYA SEORANG YANG PERNAH GAGAL DALAM HIDUP

Talks

Post a Comment

SMS/WhatsApp +6019 495 1082 untuk mendapat response yang lebih pantas! :)