6 Tips Penjagaan Buah Pinggang

Selain daripada mengambil Serbuk Minuman Arabic Gum sebagai supplemen harian, apa kata kita cuba amalkan tips seperti di bawah untuk mempercepatkan lagi kesan pengambilan Arabic Gum, in shaa Allah.

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2 liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

3. Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa. Meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

4. Pengambilan Coklat perlu dielakkan dan meminimumkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick.

5. Dilarang sama sekali mengambil minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

6. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual di pasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.


11 FAKTOR yang MEROSAKKAN BUAH PINGGANG :

1) Kurang pengambilan air

2) Kerap tahan kencing

3) Mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal

4) Kerap makan daging merah dan makanan laut (Tinggi uric acid)

5) Suka minum minuman bergas

6) Suka makan makanan masin

7) Kerap makan pil tahan sakit

8) Kerap kena jangkitan kencing kotor (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna

9) Mempunyai masalah obesiti

10) Merokok

11) Pengambilan alkohol

Talks

Post a Comment

SMS/WhatsApp +6019 495 1082 untuk mendapat response yang lebih pantas! :)