Dahulu Buah Pinggang 'Out' dan Tak Boleh Bangun Tapi Sekarang Dah Boleh Bangun dan Muka Berseri-Seri

Assalamualaikum

saya ada satu berita gembira nak share dengan pembaca blog ini.

saya baru sahaja mendapat satu feedback dan respon daripada customer saya mengenai keberkesanan gum arabic.

dulu customer saya ni ada belikan arabic gum untuk mertuanya dan baru-baru ini saya ada tanya bagaimana keadaan dan kesan gum arabic itu dan ini lah jawapannya subhanaallah

alhamdulillah dengan izin Allah gum arabic dengan mertua saya berpisah tiada. dia sakit buah pinggang doc cakap memang buah pinggang dia out sudah tak boleh di pakai. gout, jantung, kencing manis. daripada tak boleh bangun sudah boleh bangun. gum arabic memang serasi dengan dia. kandungan urea pun semakin menurun. saya pun tengok dia sudah berseri. dulu dia dah tiada semangat. siap suruh anak anak siapkan kelengkapan dia nak mati dah katanya. sakit yang amat sangat katanya. sedih sangat tengok dia dulu kurus sangat sangat. mana taknya. selang sehari kena cuci buah pinggang. cakap pun merapu. umur baru 50an. kata anaknya memang dulu masa muda muda kalau sakit sikit je pergi jumpa doktor. inject. sekarang sudah boleh gelak tu. oklah tu.

alhamdulillah syukur. semoga selepas ini lebih ramai lagi mereka yang ada penyakit kronik cuba arabic gum / getah arab ini dan memperoleh manfaat darinya insyaallah :)


Hubungi saya di WhatsApp +60194951082 (Encik Amir) untuk cuba Gum Arabic hari ini
(sementara stock masih ada di Malaysia)

Cara Cegah Penyakit Batu Karang dengan Gum Arabic

Assalamualaikum

hari ini saya nak berkongsi satu testimoni yang saya dapat dari sahabat bisnes saya. customer nya menghidapi penyakit batu karang dan alhamdulillah sembuh selepas mengamalkan gum arabic.


untuk mereka yang tidak tahu apa itu batu karang, saya akan terangkan sedikit terlebih dahulu.


Apa dia batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 


Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 
Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. 

Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 


Apakah tanda-tandanya?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 


Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati? 

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. 

Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. 

Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.


Apa dia batu karang dalam Hempedu?

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. 

Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda. 

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. 

Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


Apakah tanda-tandanya? 
  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Bagaimana batu dalam hempedu diubati?

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan. Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.


Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.Bukan pembedahanBatu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan.


Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:

Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.


Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.



Perlukah kita berpantang?

Ada banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Jenis Batu karang


Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:
  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).

  • Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.

  • Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.

Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. 

Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Hubungi saya di WhatsApp +60194951082 (Encik Amir) untuk cuba Gum Arabic hari ini
(sementara stock masih ada di Malaysia)

6 Tips Penjagaan Buah Pinggang

Selain daripada mengambil Serbuk Minuman Arabic Gum sebagai supplemen harian, apa kata kita cuba amalkan tips seperti di bawah untuk mempercepatkan lagi kesan pengambilan Arabic Gum, in shaa Allah.

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2 liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

3. Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa. Meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

4. Pengambilan Coklat perlu dielakkan dan meminimumkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick.

5. Dilarang sama sekali mengambil minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

6. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual di pasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.


11 FAKTOR yang MEROSAKKAN BUAH PINGGANG :

1) Kurang pengambilan air

2) Kerap tahan kencing

3) Mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal

4) Kerap makan daging merah dan makanan laut (Tinggi uric acid)

5) Suka minum minuman bergas

6) Suka makan makanan masin

7) Kerap makan pil tahan sakit

8) Kerap kena jangkitan kencing kotor (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna

9) Mempunyai masalah obesiti

10) Merokok

11) Pengambilan alkohol

7 Sunnah Hebat By Ustaz Don Daniyal

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas.

Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.

Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.

Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah :

.. Pertama:


Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


.. Kedua:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat qursi.

.. Ketiga:


Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

.. Keempat:


Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

.. Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

.. Keenam:

Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

.. Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Kenapa Kita Kena Pilih Gum Arabic Dalam Bentuk Serbuk?

Assalamualaikum

ada orang tanya saya macam mana kita nak tahu gum arabic tulen atau gum arabic palsu? sebab sekarang banyak gum arabic muncul di pasaran malaysia dengan pelbagai packaging.

jujur saya katakan salah satu cara untuk menentukan ketulenan gum arabic adalah dengan cara kita membeli gum arabic yang di datangkan dalam bentuk packaging asal dari negara pengeluar tanpa di ubah mana-mana bahagian.

sudah lebih 2 tahun saya mengimport gum arabic dari negara sudan. semua produk timur tengah yang saya ambil adalah dalam bentuk original packaging dari sana. saya langsung tidak pernah repacking produk timur tengah seperti yang banyak di lakukan oleh orang ramai semata-mata ingin mengaut keuntungan yang lebih.
soal untung itu saya tidak mahu sentuh kerana saya percaya rezeki masing-masing dan rezeki datangnya dari Allah azza wajala. yang saya ingin sentuh adalah ada segelintir peniaga yang tidak beretika yang sanggup mengambil kesempatan menambah bahan lain ke dalam serbuk gum arabic seperti ada kes yang di tambah gandum dan etc.

bagi saya ianya sangat lah tidak bertanggungjawab kerana ianya langsung tidak 'comply' dengan adab berbisnes iaitu untuk membantu menyelesaikan masalah orang dan memudahkan urusan orang lain.

jika ada buat bisnes, tidak kisah lah bisnes apa sekalipun kita kena ingat selagi kita tolong bantu selesaikan masalah customers dan tambah nilai dalam hidup mereka, jangan risau soal untung/duit kerana ianya akan datang dengan sendirinya dan anda 'terpaksa' dapat untung.

jadi, bagi peniaga-peniaga di luar sana marilah kita focuskan niat kita untuk bantu ramai orang dan selesaikan masalah kesihatan yang mereka sedang hadapi bukannya menambah beban di atas bahu mereka.

jika kita tak mampu untuk bantu secara direct, cukuplah dengan sekadar kita permudahkan urusan mereka untuk mendapatkan bekalan gum arabic pada harga berpatutan dan berkualiti.

Kenapa Kita Kena Pilih Gum Arabic Dalam Bentuk Serbuk?

berbalik kepada tajuk asal iaitu kenapa kita kena beli gum arabic dalam bentuk serbuk, bukannya dalam bentuk ketulan?

sebenarnya tiada salah pun jika kita nak consume gum arabic dalam bentuk serbuk/ketulan kerana kedua-duanya mempunyai kebaikan yang sama.

jika saya di beri pilihan, saya semestinya memilih gum arabic dalam bentuk serbuk.

kenapa ye?

sebab gum arabic dalam bentuk serbuk sangat senang untuk disediakan dan ianya mudah larut dalam air. saya hanya perlu masukkan 1 sudu gum arabic dan kacau bersama segelas air masak (bukan air panas ye) dan boleh terus minum.

jika dibandingkan dengan gum arabic dalam bentuk ketulan, saya perlu rendam ketulan gum arabic itu dalam gelas selama 12 jam terlebih dahulu untuk pastikan ianya 100% larut dalam air dan barulah saya boleh meminumnya dengan tenang hehe.


kat atas ni adalah gambaran gum arabic dalam bentuk serbuk. 

sebenarnya bentuk asli gum arabic memanglah dalam bentuk ketul-ketulan tapi saya telah memudahkan urusan pengguna dengan mengisarnya halus-halus supaya cepat larut dalam air. tiada bahan lain atau tiada perisa pun di tambah. ianya 100% original cuma bentuk sahaja lain.

best sebenarnya minum gum arabic dalam bentuk serbuk ni hehe sebab saya boleh masukkan sekali dalam minuman harian seperti jus epal dan lain-lain. kecuali air kopi dan air teh tidak boleh sebab ianya akan menggangu penyerapan gum arabic dalam tubuh kita.

ada yang tanya, apa rasa gum arabic? hehe nak tahu kenalah cuba sendiri :)

Hubungi saya di WhatsApp +60194951082 (Encik Amir)
(sementara stock masih ada di Malaysia)

Cara Nak Atasi Sembelit Gaya Sunnah


Apa Itu Sembelit


Sembelit bukanlah penyakit sebaliknya gejala yang mempunyai simptom- simptom berikut:

  • Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras
  • Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
  • Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.
  • Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.

Punca sembelit


Sebelum mencari cara mengatasinya, punca berlaku sembelit harus diketahui. Antara punca sembelit ialah:
  1. Kurangnya minum air
  2. Kurang pengambilat serat
  3. Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh
  4. Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua
  5. Sembelit yang berpunca dari perubahan hormon terutama sekali ketika mengandung. Perubahan hormon progestron yang tinggi ketika mengandung akan meregangkan otot-otot menyebabkan keadaan sembelit. Bukan itu sahaja, janin yang menekan bahagian usus juga akan menyebabkan sembelit
  6. Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah disebabkan peningkatan usia
  7. Ubat- ubatan tertentu

Bahaya dan komplikasi Sembelit


Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan ototspinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Cara Mengatasi Sembelit:

  1. Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurngnya 3 liter sehari. Ramai yang terasa sukar untuk minum 3 liter air sehari. Cara mudah untuk minum air sebanyak tu, dengar signal tubuh dari badan anda. Apabila terasa harga, terus minum air. Dalam masa yang sama perhatikan warna air kencing anda. Jika ianya berwarna kekuningan, perbanyakkan minum air.
  2. Perbanyakkan makanan serat seperti bijirin, gandum, sayur-sayuran dan buah-buahan. 
  3. Kerap melakukan senaman bagi meningkatkan kadar metabolisme dan sekaligus melancarkan proses penghadaman.
  4. The most important is......jangan MALAS ke tandas ok.. :))

BAGAIMANA AL-MANNA (GUM ARABIC) MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEMBELIT?


Untuk mencuba al-manna, boleh SMS/WhatsApp saya di 0194951082 :)