Apa Yang Akan Jadi Kalau Buah Pinggang Tidak Berfungsi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

kali ini saya ingin menjawab satu soalan yang di tanya oleh customer gum arabic saya iaitu apa yang akan jadi kalau buah pinggang kita 100% tidak berfungsi atau hanya berfungsi kurang 20% sahaja.

ok macam ni. kita boleh hidup dengan satu buah pinggang. maksudnya kalau hanya sebelah buah pinggang rosak, kita masih boleh hidup dan menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain.

dan katakan lah, kita ada 1 sahaja buah pinggang yang boleh berfungsi dan ianya berfungsi 50% sahaja. walaupun hanya 50%, kita still boleh survive lagi asalkan keadaannya stable.

yang tak bolehnya adalah bila peratusan buah pinggang berfungsi bawah 15%. 10% je ke atau kurang daripada tu. bila sudah sampai tahap macam ni, nak atau tak nak memang pesakit tu kena jalani dialysis atau transplant (pemindahan buah pinggang)

sebab tu bila doctor cakap kita ada tanda-tanda buah pinggang rosak, masa ni kita harus dan wajib sedar dah. pemakanan kena jaga. kadar gula dalam darah kena check selalu. tekanan darah jangan tinggi sangat. jangan stress sangat.

nasihat saya, pesakit pada masa ni kena be positive je selalu. jangan selalu marah-marah orang. walaupun geram ke sakit hati macam mana kalau boleh, jangan tengking tengking tak tentu pasal. sabar sabar. sebab kalau pesakit buat benda negative macam tu, akibatnya pesakit sendiri yang tanggung.

kiranya sebelum nak buat benda negative, fikir diri sendiri dulu. fikir tahap kesihatan sendiri. walaupun tak nak fikir pasal soal hati dan perasaan orang lain pun takpe asalkan ingat kesihatan diri sendiri. barulah tekanan darah tak naik.

dan anda tahu tak? setiap benda positive yang kita buat sebenarnya badan kita juga turut bertindak balas terhadap apa yang kita buat tu. kalau kita buat kebajikan, benda positive, kita gembira dan sebagainya, hormone serotonin akan di hasilkan dengan sangat banyak dalam badan kita.

sebab tu kalau anda tengok, mostly orang yang happy dan tenang jee dan hidup mereka jarang sangat kena penyakit penyakit kronik ni. sebab hormone serotonin mereka banyak. secara tak langsung kuatkan imunisasi badan kita. jadi ceria ceria selalu dan be positive ok lepas ni?

panjangnya nasihat hihihi.

lokasi buah pinggang kita. ada 2 biji ye

berbalik kepada tajuk. pesakit di kehendaki untuk jalani ujian dialysis. tapi ujian dialysis ni boleh di tangguhkan kalau bacaan creatinine dalam darah tak tinggi sangat. kalau dah sampai bacaan 1000 tu, memang kena buat immediate treatment lah. semakin rendah bacaan creatinine semakin bagus.

creatinine ni sebenarnya bahan buangan/toxic yang perlu di keluarkan dari badan pesakit. ianya terhasil semasa kita buat activity seharian seperti angkat barang ke, bergerak, berjalan, berlari. sebab tu pesakit di saran untuk tak buat kerja kerja berat sangat sebab ni lah. kalau buat kerja kerja banyak dan berat, semakin banyak creatinine di hasilkan.

kita yang sihat ni pulak janganlah cakap dieorang malas nak bergerak ke apa sebab memang begitu. mereka akan rasa cepat letih. sebab apa? sebab creatinine tu toksik dalam badan. memang bahaya kalau bacaannya terlampau tinggi.

darah melalui ginjal untuk di tapis untuk di buang bahan buangan dari dalam darah. faham ke? hihi

secara logicnya, semakin banyak toxic, semakin bahaya lah. nampak? haaa gitulah umpamaannya.

saya kena terang details sikit pasal ni sebab nak bagi 'harapan' kepada pesakit buah pinggang yang mereka masih ada harapan. so anda kena berhati-hati lah setiap masa dan jaga pemakanan dan sebagainya sebab pesakit buah pinggang ni tak boleh makan daging atau ayam sangat sebab ianya tinggi protein.

ikan is the best lah among daging dan ayam tu. lagipun kalau kita faham sesuatu barulah rasa lebih yakin dengan diri sendiri.


TYPE OF DIALYSIS

dialysis ni pulak ada 2 jenis. 1 namanya haemodialysis. kalau tidak silap saya masa saya belajar bahasa latin dulu. haema tu maksudnya darah = sel darah merah (red blood cell) sorry dah nak 3 tahun saya tinggal belajar bahasa latin :p

macam ni lah keadaan pesakit yang menjalani haemodialysis

kiranya macam ni. darah pesakit kena di cuci dengan proses dialysis untuk buang toksik toksik dalam darah tu. haa. saya rasa sebab tu lah namanya haemodialysis

1 lagi proses namanya peritoneal dialysis. namanya peritoneal sebab proses tu berlaku kat perut. gambarnya seperti di bawah.


ok. apa beza dua ni?

biasanya doctor akan cadangkan pesakit untuk either guna haemodialysis or peritoneal dialysis based on their ages. kalau pesakit tu masih muda lingkungan awal 20 an, doctor akan buat peritoneal dialysis. kalau pesakit tu dah berusia, doctor akan suggest buat haemodialysis.

apa kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis ni?

kalau buat peritoneal dialysis, pesakit masih lagi boleh bebas buat aktiviti seharian. maksudnya mobility (kebebasan) untuk bergerak kalau buat peritoneal dialysis ni lebih bebas lah. kalau nak kerja pun boleh bekerja. tapi tak boleh kerja yang angkat beban je lah. dalam kereta ke, dalam bilik kat rumah sendiri ke, peritoneal dialysis ni boleh di buat. buat sendiri sebab ianya lebih senang daripada haemodialysis. tak perlu guide setiap hari daripada doctor pun.

kalau haemodialysis lak, wajib buat kat centre yang ada mesin die je. nak beli sebiji dan buat kat rumah pun boleh tapi harganya sangat sangat mahal. biasanya pesakit akan pergi ke hospital 3 kali seminggu untuk buat haemodialysis ni.  4 jam untuk setiap sessi. yang peritoneal dialysis tadi, 1 jam setiap sessi tapi kena buat 4 kali sehari.

pernah satu kali saya nampak seorang budak kecik dalam umur 10 tahun gitu datang sendiri berkerusi roda ke hospital untuk jalani haemodialysis tanpa di temani ibu atau penjaga.

pertama kali saya tengok mestilah rasa sebak dalam hati. rasa macam kesian je sebab umur muda lagi. bila di tanya die cakap dah biasa. dah bertahun tahun dah dia buat haemodialysis ni. dia dah lali dan anggap itu dah jadi rutin seharian die dah.

ya Allah. nikmat apa lagi yang kita mahu dustakan? selepas dari kejadian itu, saya rasa bersyukur sangat dengan nikmat kesihatan yang Allah 'pinjam' kan kat saya ni. 

jujur saya cakap, budak itu lagi hebat dari kita semua sebab die dapat hadapi semuanya dengan tenang dan redha. 

saya nak pesan, kalau anda ada masalah dalam kehidupan, anda pergi lah ke hospital atau rumah sakit, tengoklah keadaan mereka 

dan tanyalah diri sendiri 'besar sangat ke masalah dalam kehidupan kita jika nak di bandingkan dengan dugaan yang pesakit kat hospital tu hadapi?.. alah setakat tak cukup duit setiap bulan tu apalah sangat. kita masih ada kudrat untuk usaha lebih cari duit. kalau nikmat kudrat dah di tarik macam mana?'

Wallahualam

Talks

Post a Comment

SMS/WhatsApp +6019 495 1082 untuk mendapat response yang lebih pantas! :)