Contoh Push Factors

Antara push factors yang boleh difikirkan untuk terus push kita supaya kita kosisten berbisnes.. bukan hangat2 tahiks ayam

1) nak bayar hutang ptptn / jpa / mara

2) nak setelkan cepat2 loan kereta

3) nak kumpul 10% deposit beli rumah (kalau rumah 350k, kena ada deposit 35k)

4) nak kawin pada usia muda (bawah 25 tahun kire kawin muda)

5) nak biar side income dari bisnes yang bayar loan kereta & loan rumah kita.. gaji hakiki kita buat saving

6) kumpul duit pergi umrah.. bajet 8k per head

7) nak upgrade smartphone ram lebih laju, bateri lebih tahan lama, pixel lebih besar, memori lebih besar untuk tujuan bisnes

8) nak upgrade domain .blogspot jadi .com

9) nak travel

10) nak invest dalam hartanah

11) nak bagi duit poket kat parents

12) nak sedekah / zakat lebih

13) nak beli selipar teva

14) nak beli imac

15) nak rasa bebas beli kuih2 makcik yang jual tepi bank / tepi pejalan kaki.. xperlu fikir banyak kali... just hulur duit dan beli (niat untuk tolong)

16) nak jadi manusia yang tak tengok price tag masa nak beli pape

17) nak sampai tahap jadi manusia yang jenis buat biz bukan sebab duit dah sbb duit dah banyak dah

dan banyak lagi.. lain manusia lain push factornya.. sebahagian yang saya tulis ni adalah antara push factor saya sendiri hehe..

Push Factor Dalam Business

2013 adalah tahun saya gagal dalam bidang medic oversea

Masa tu JPA suruh saya bayar ganti rugi dalam 100k+ haha.. matilanak.. saya kata dalam hati.. mana nak carik duit nii.. dah la masa tu umur baru 20 tahun

Siang malam otak ligat fikir macam mana nak jelaskan hutang tu semua.. alhamdulillah Allah lorongkan jalan untuk saya buat biz start 2013

Masa tu saya focus buat bisnes online gila2.. sebab apa? antaranya sebab nak bayar hutang tulah.. time tu rasa kelakar sangat sebab walaupun dapat 9A dalam spm, "berjaya" buat medic oversea tapi terlekat hutang 100k atas kepala.. baik aku takyah belajar rajin2.. saya fikir gitula saat tu.. sedih sangat.. hidup gelap macam takde masa depan

Tapi saya nekad nak hadap semuanya.. maka saya buat kerja "gila".. setiap hari saya takkan buka tv, takkan goyang kaki, takkan lepak2 dengan kawan2 dan tak buang masa.. 24jam otak fikir macam mane nak bayar hutang.. 24jam depan laptop update blog.. sebab hidup saya seolah2 dikejar oleh "along" memang saya tak boleh duduk diam

1 benda yang saya nampak adalah, manusia hanya akan BERTINDAK LUAR BIASA JIKA MEREKA BERADA DALAM KEADAAN TERPAKSA..

Itulah yang berlaku dalam hidup saya.. saya bukan nak biz sangat pun pada asalnya, tapi bila saya berada dalam keadaan yang mendesak untuk saya jadi luar biasa, saya terpaksa jadi luar biasa dengan cara saya sendiri

Alhamdulillah hari ini tanggal 22 Mac 2017, semua hutang tu saya dah bayar JELAS 100%.. tak tinggal sesen pun.. saya amek masa 4 tahun untuk bayar sampai habis.. habis kering tulang keringat saya kerah untuk bayar hutang tu.. letih pun tak hilang lagi ni hehe..

Terima kasih ujian yang Allah beri.. itulah yang membentuk jati diri siapa saya hari ini..

Apa Itu Ameer Premium Al Manna?

Kadang saya takut jugak nak bagitahu, ya boleh amek al manna untuk penyakit mak awak tu sebab ramai yang tanya

Al manna ameer ni kalau sakit jantung boleh makan tak?

Al manna ameer ni kalau sakit buah pinggang kronik agak2 boleh sembuh seperti normal tak?

Prinsip saya adalah saya takkan sesekali OVERCLAIM bila menyebarkan kebaikan al manna kepada rakyat malaysia.

Al manna ameer BUKAN tonik ajaib yang boleh merawat semua jenis penyakit kecuali mati tau.

Sebab kita kena faham bahawa kandungan al manna ameer hanyalah PREBIOTIC SEMULAJADI sahaja yang diambil dari getah pokok ACACIA SENEGAL yang hanya hidup di negara timur tengah.. kat malaysia pokok ni memang tak hidup sebab iklim dan sebagainya.

Prebiotic dari getah pokok ACACIA SENEGAL ini sangat "powerful" sebab ianya boleh jadi makanan kepada bacteria baik (probiotic) yang hidup dalam usus kita.. tugas bacteria baik adalah untuk melawan segala macam bacteria jahat dalam usus.

Kita sering jatuh sakit salah satu sebabnya adalah USUS KITA TAK SIHAT sebab toksin banyak berkumpul kat situ atau dgn kata nama lain (bacteria baik tak buat "kerja" untuk melawan bacteria jahat)

Sebab tu kita akan selalu terdedah dengan segala macam jenis penyakit sebab USUS KITA TAK SIHAT.

Bila usus kita sihat, dengan izinNya masalah kesihatan yang kita sedang hadapi dapat di perbaiki.. bukan sembuh 100% dan terus boleh abaikan nasihat doctor ye..

Doctor, salah satu bidang mereka lebih kepada mengubati penyakit yang berpunca dari perut.

Sebaliknya AL MANNA AMEER lebih kepada MENJAGA USUS supaya tidak terdedah kepada penyakit yang berpunca dari perut.. dengan izinNya jua.

AL MANNA AMEER bukan untuk spesifik masalah kesihatan.. bukan ubat kencing manis.. bukan ubat gastrik.. bukan ubat darah tinggi.. bukan ubat sembelit..

Sebab itu bila saya jumpa bisnes AL MANNA AMEER, saya nekad nak buat bisnes ni betul-betul sebab saya rasa dah jadi tanggungjawab saya untuk SEBARKAN KEBAIKAN AL MANNA DALAM MENJAGA KESIHATAN USUS KITA, KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA (orang Islam khususnya)

Awal-awal dulu memang saya letak duit sebagai priority buat bisnes tapi sekarang tidak lagi.. niat saya 100% NAK SEBARKAN KEBAIKAN AL MANNA sahaja, nak beli atau tidak saya tak paksa, atau nak beli AL MANNA jenama lain pun saya tak kisah atau nak amalkan al manna dalam bentuk ketulan pun tak apa, asalkan ianya adalah AL MANNA.

BERILAH PELUANG KEPADA DIRI KITA UNTUK JAGA USUS BAIK-BAIK DENGAN AMALKAN AL MANNA YANG 100% SEMULAJADI.

KAN BANYAK PENYAKIT BERMULA DARI PERUT. KENAPA TAKNAK JAGA PERUT?

Bacteria Baik

Dalam usus kita sudah ada "tentera kecil" yang boleh melawan sendiri masalah kesihatan kita.

"Tentera" yang saya maksudkan itu adalah BAKTERIA BAIK / HELPFUL BACTERIA yang hidup dalam microflora usus kita.

Terdapat sekurang-kurangnya 100 trillion bacteria baik yang bertugas untuk lawan bacteria jahat dalam usus kita.

Bacteria baik tu kan "tentera" kita.. mereka pun perlukan "makanan" juga untuk terus kuat melawan bacteria jahat yang bertrillion2 jugak dalam usus.

Disini lah AL MANNA AMEER bertindak.. bertindak sebagai "makanan" kepada tentera kita (bacteria baik) supaya terus sado lawan bacteria jahat.

Siapa Founder AL MANNA Ameer?

Mungkin ini akan membuka pekung di dada saya sendiri.

Tapi bila fikir balik.. kalau saya tak buka 'aib' saya ni, siapa lagi yang berani nak buka.. jarang tau orang cerita kisah kegagalan dalam hidup mereka.. semua orang nak cerita yang best2 jer.. yang tak best simpan pendam "kemah keming", tapi saya tak macam tu ye.

Mungkin kisah kegagalan kita boleh jadi inspirasi kepada mereka diluar sana (yang sedang merasakan bahawa mereka gagal dalam hidup) untuk terus berjuang dalam fatamorgana kehidupan.

KEGAGALAN ITU ADALAH BIASA DALAM HIDUP & BANGKIT SELEPAS KEGAGALAN ADALAH SATU TINDAKAN YANG LUAR BIASA.. SAYA DAH BUKTIKAN!

Mungkin juga kalau saya tak dedahkan sekarang, ramai adik-adik saya akan tersilap langkah macam saya.

Ini kisah betul hidup saya..

SPM 2010 dulu saya dapat semua As (5A+ 3A 1A-)

Masa tu saya tak tahu saya minat apa. Dalam fikiran hanya kos engineering atau perubatan sahaja sebab rasa 'rugi' kalau saya tak amek kos tu sebab result ok dan layak untuk mohon.

Entah kenapa saya macam tak kisah pun masa nak pilih kos. Saya ambil mudah je soal kos yang bakal di pilih. Lagipun mentality masyarikat kita harini asal semua As, mesti Medical atau Engineering.

Saya pun pilihlah bidang perubatan..

Sebab?

Sebab mentality itu tadi lah. Nak kata tak minat, minat jugak. Pakai coat putih dengan stethoscope di leher sambil ronda-ronda wad rawat pesakit dan dipandang 'mulia' pada mata masyarakat. Best sungguh imaginasi saya masa tu dan nampak medic ni macam senang jer.

Tapi rupa-rupanya TIDAK.

Lagipun saya tak tahu kos yang saya betul2 minat apa. Masa tu ada jugak sekelumit rasa minat nak belajar bisnes tapi diri kata jangan.. sebab rugi budak straight As kalau minta kos 'mudah' dan 'biasa-biasa' seperti Business Studies (MBA).

Saya pun minta lah biasiswa JPA di bawah program perubatan luar negara. Alhamdulillah dapat.

Maka melata lah saya di bumi Czech Republic selama setahun di sana. Setahun je saya sempat kat sana kalau ikutkan kena belajar 6 tahun.

Saya sempat habis belajar subject anatomy je. Lepas passed subject tu, saya rasa memang climax dah. Rasa tak tahan yang membuak buak nak balik Malaysia dah hehe.

Masa tu saya sempat rasa elaun 3k sebulan, dapat peluang berbuku merah travel europe (sempat travel ke Poland, Germany & Prague jer) dan berpeluang tinggal kat negara 4 musim.. Semua tu saya letak tepi.

Saya kata kat diri, BIARLAH AKU RASA SEMUA ITU HASIL USAHA AKU SENDIRI.. MUNGKIN REZEKI AKU KAT TEMPAT LAIN.

Alhamdulillah sekarang semua tu Allah beri balik kat bisnes saya.. bukan "elaun" 3k sebulan tapi berkali-kali ganda.. syukur sangat.. rezeki Allah memang luas.. kita tak tahu "periuk rezeki" kita kat mana tapi percayalah Allah itu pemberi rezeki..

Maka saya pun decide untuk pulang ke Malaysia dengan membawa segulung 'kehampaan' untuk Ibu dan JPA.

Sejujurnya saya tak rasa sedih,hampa,rugi dan kesal sangat pun sebab saya percaya takkan rugi/menyesal orang yang solat istikarah.

Bila saya pulang ke Malaysia, saya buat bisnes. Bisnes saya ok tapi masa tu juga saya terima tawaran masuk ke University.

Sekali lagi saya solat istikarah lalu Allah lorongkan jalan untuk saya sambung belajar dalam kos bisnes.

Saya memang minat bisnes dan sebelum ni saya tahu, nak belajar buat bisnes tak perlu masuk university pun takpe. Apek amoi tak sekolah, hanya pandai mengira sahaja pun boleh jadi jutawan.

Tapi tak tahu lah kenapa saya terdetik nak masuk university balik. Mungkin Allah ada rancang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang saya rancang & saya yakin ianya pasti BERSEBAB.

Alhamdulillah jugak sebab walaupun full time student masa kat university tu, saya jugak adalah ahli perniagaan internet yang menjana jualan 5 angka setiap bulan (itu angka dulu la hehe)

Mungkin ini hikmah yang Allah nak tunjuk. Allah menghantar saya pulang ke Malaysia supaya bilangan ahli usahawan Islam bertambah dalam negara kita.

KALAU SEMUA BIJAK PANDAI MELAYU JADI DOCTOR, SIAPA PULAK BIJAK PANDAI MELAYU YANG NAK JADI AHLI PERNIAGAAN?

- CEO Ameer Al Manna Sdn Bhd


p/s : gambar dari jendela rumah sewa saya kat Masarykovo NĂ¢mesti.. masa tu winter suhu negative -10 (kot.. sebab dah lupa hehe)

SAYA TAKKAN PERNAH MALU UNTUK MENGAKU, SAYA SEORANG YANG PERNAH GAGAL DALAM HIDUP